Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Jenis-Jenis Ketawa Yang...

LAIN orang, lain ragamnya.Lain orang dan lain juga tawanya.Pastinya lepas menonton video di...

Sistem Di KLIA Pulih...

SEPANG - Tiada lagi urusan dijalankan secara manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

14 Buaya Kolam Terlepas...

Johor Bahru - Sejak seminggu lalu, 32 nelayan di kawasan pantai Skudai di...

‘Spiderman’ Selamatkan Mangsa Kemalangan?

SUDAH pasti watak-watak superhero menjadi kegilaan orang ramai. Lagi-lagi anak-anak kecil yang dari...

Pahang Benam Kedah 5-0 Tempah Tiket Final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah membenam Kedah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan sekali gus menempah tiket ke final buat tahun kedua berturut turut, malam tadi.

Menanti kunjungan Kedah yang memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Alor Setar, Pahang begitupun kekal fokus dengan misi memburu gol dan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Matias Conti.

Ketika Kedah mahu kembali menyusun permainan, Pahang terlebih dulu menambah gol kedua menerusi pemain sayap, R Gopinathan yang beraksi cukup lincah untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.

Gol kedua Pahang itu seakan merobek emosi pemain Kedah yang terus bocor enam minit kemudian menerusi jaringan kedua Conti hasil gandingan menariknya bersama rakan penyerang, Dickson Nwaekeme.

Dan kegoyahan jentera pertahanan Kedah yang turut kehilangan pemain import, Namkung Woong akibat kecederaan terus dimanfaatkan Pahang yang meledak gol keempat juga menerusi Conti yang melengkapkan hatriknya pada minit ke-37.

Memasuki babak kedua, Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe cuba merubah corak permainan dan berjaya mendapat beberapa peluang terbaik menjaringkan gol namun digagalkan dengan ketumpulan jentera serangan.

Malah kerancakan Kedah melancarkan serangan kemudian memakan diri apabila Gopinathan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-74 menerusi larian menarik dari kiri padang yang disudahkan dengan rembatan kencang menewaskan Saiful Amar.

Kemenangan besar menyaksikan Pahang mara ke final dengan keputusan agregat 6-3.


Ia turut menjadi hadiah paling bermakna buat Sultan Pahang yang menyambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-84, Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Satu lagi slot ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua membabitkan Johor Darul Ta’zim dan FELDA United, esok.

Keputusan

– Pahang 5 Kedah 0

Gol: Matias Conti (m4, 30, 37) R Gopinathan (m26,74)

(Pahang mara ke final buat tahun kedua berturut-turut dengan agregat 6-3) – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori