Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Mansuh Biasiswa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak pernah memansuhkan biasiswa...

Sistem VEP Dilaksana Sebelum...

PADANG BESAR - Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi ken­deraan a­sing yang masuk...

Di Sebalik Permohonan Maaf...

APAKAH ia satu perbuatan gentleman? Sama sekali tidak..ia hanya tindakan seorang ahli politik yang...

6 Pemancing Dikhuatiri Hilang...

GEORGE TOWN - Enam pemancing dikhuatiri hilang bersama sebuah bot fiber yang dinaiki...

Pahang Layak Ke Perlawanan Akhir Hasil Aksi Cemerlang Pemain

KUANTAN – Skuad Pahang sememangnya layak beraksi di pentas final Piala Malaysia kerana telah mempamerkan persembahan yang mantap dan jitu ketika bertemu Kedah pada peringkat separuh akhir kedua malam tadi.

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Che Nasir Salleh berkata, barisan pemain Pahang telah beraksi dengan sempurna di separuh masa pertama dan meneruskan momentum cemerlang itu di babak kedua.

“Kami mendapati semangat dan prestasi para pemain berada pada tahap terbaik sebelum turun menentang Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam, katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Che Nasir berkata:”Apa yang kita sasarkan sudah menjadi kenyataan dan perkara paling penting pintu gol kita langsung tidak bocor pada perlawanan itu.”

Lebih menarik, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut meramal tengahari semalam bahawa skuad Pahang akan mencatat kemenangan besar ke atas Kedah malam tadi, katanya.

Sementara itu, Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata beliau berpuas hati dengan persembahan ditonjolkan anak buahnya yang berupaya untuk mara hingga ke peringkat separuh akhir kempen Piala Malaysia.


“Skuad Kedah yang rata-ratanya dibarisi pemain muda telah bermain dengan baik pada perlawanan ini tetapi inilah bola sepak.

Punca kekalahan kami adalah tekanan apatah lagi bila Pahang berjaya menyumbat gol di awal babak pertama yang melunturkan semangat pemain kami,” katanya.

Cheng Hoe berkata anak buahnya telah menggandakan usaha untuk bangkit semula pada babak kedua tetapi kekebalan pertahanan Pahang menghalang usaha Kedah untuk menembusi gawang lawan.

“Kita hanya nyaris beberapa kali mendapatkan gol. Jika berjaya, mungkin keputusan pada malam ini (malam tadi) akan berubah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori