Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.6 juta rakyat akan mendapat manfaat menerusi inisiatif berkaitan...

Akim Ahmad Sahkan Stacy...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Stacy yang kini dilaporkan sedang hamil anak pertama. Berita...

PPBM Bukan Pewaris UMNO...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan...

Misteri Beg Berisi Mayat...

ALOR GAJAH - Satu mayat yang disumbat dalam sebuah beg besar ditemui rentung...

Pakatan Rakyat Sarawak Di Ambang Perpecahan

KUCHING — DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

“Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar,” katanya.


Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

“Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas,” katanya. — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori