Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Real Madrid Sah Ikat...

MADRID - Juara Eropah, Real Madrid hari ini mengesahkan kelab itu sudah menandatangani...

Kritikan Paling Tak Masuk...

PASANGAN suami isteri yang menjadi juri program realiti X-Factor di New Zealand, dipecat selepas...

Chin Peng Didenda RM10,000...

KUANTAN - Seorang pengusaha kebun haram di Cameron Highlands dijatuhi hukuman penjara selama...

Saran Anggota Palapes Sertai...

ALOR SETAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar...

Parlimen Australia Tarik Balik Larangan Burqa

CANBERRA – Parlimen Australia hari ini menarik balik larangan menutup muka, termasuk burqa dan niqab selepas campur tangan Perdana Menteri, Tony Abbott.

Awal bulan ini, jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan di Parlimen mengumumkan bahawa wanita yang menutup muka tidak lagi dibenarkan berada di galeri terbuka di Dewan Rakyat atau Senat.

Sebaliknya, mereka diarah ke galeri yang selalunya disediakan untuk kanak-kanak sekolah yang membuat bising, di mana terdapat cermin kalis bunyi.

Pengumuman pada 2 Oktober itu dibuat beberapa jam sebelum sidang terakhir sesi dua minggu lalu namun larangan itu dilaporkan tidak memberi apa-apa kesan.

Namun, beberapa jam sebelum bermula sesi baharu Parlimen hari ini, Jabatan Perkhidmatan Parlimen atau DPS dalam satu kenyataan berkata, mereka yang menutup muka dibenarkan di semua tempat awam di bangunan Parlimen.

Katanya, pakaian yang menutup muka perlu dibuka sementara ketika melalui pusat pemeriksaan keselamatan di pintu hadapan agar kakitangan dapat mengenal pasti orang yang dilarang memasuki Parlimen atau yang diketahui boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Larangan terhadap penutupan muka di galeri awam dikecam dengan meluas sebagai tindakan bagi mengasingkan wanita Muslim dan boleh melanggar undang-undang anti diskriminasi persekutuan.


Abbott kemudian menjelaskan beliau tidak dimaklumkan terlebih dulu mengenai larangan itu dan meminta Speaker, Bronwyn Bishop memikir semula keputusan itu.

Larangan itu dikuatkuasakan dengan kebenaran Bishop, yang sebelum ini pernah berkempen bagi larangan pemakaian skaf di sekolah kerajaan, yang juga disokong oleh Presiden Senat, Stephen Parry.

Pihak pembangkang mengalu-alukan penarikan balik ‘larangan burqa’ itu dan mahukan penjelasan diberikan kenapa ia dikuatkuasakan.

“Pada 2014 selama dua minggu, dasar rasmi Parlimen Australia adalah mengamalkan pengasingan dan kita perlu memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata ahli parlimen pembangkang, Tony Burke.

Abbott hari ini berada di Jakarta bagi upacara mengangkat sumpah Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori