Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO Ketinggalan Berbanding DAP...

Proses mendaftarkan pengundi baru oleh UMNO dilihat jauh ketinggalan berbanding parti DAP dalam...

Ucapan Perasmian Hadi Dinanti

KUALA TERENGGANU - Pagi ini, Datuk Seri Hadi Awang bakal menyampaikan ucapan dasar...

Pandelela Duduki Tempat Keempat...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara Pandelela Rinong gagal menambah pungutan pingat di...

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri...

Pastikan Rumah Bebas Aedes Selepas Pulang Bercuti

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang kembali ke rumah selepas menyambut Hari Deepavali diminta melakukan pembersihan kawasan rumah untuk memastikan rumah mereka bebas nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai hanya diminta meluangkan masa selama 10 minit untuk berbuat demikian.

“Orang ramai juga disarankan menyembur aerosol di dalam rumah sebaik pulang daripada bercuti bagi melindungi diri dan keluarga dari gigitan nyamuk aedes.

“Semburan aerosol juga digalakkan digunakan pada waktu puncak nyamuk aedes mengigit iaitu semasa pagi dan senja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan, sebanyak 1,882 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dari 12 hingga 18 Oktober lalu.

Menurutnya, terdapat empat kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh sama iaitu dua di Perak dan masing-masing satu kes kematian di Terengganu dan Kuala Lumpur.

Jelasnya, sebanyak 157 kematian akibat denggi dilaporkan dari Januari hingga 18 Oktober lalu berbanding cuma 59 kematian dalam tempoh sama pada tahun lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori