Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apple Gagal Sekat 9...

SAN JOSE, California - Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan Apple...

VF 3.0 Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Vendor Festival 3.0 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan...

Bayaran Khas Tanda PM...

SEMPORNA - Pengumuman bayaran khas one-off RM1,500 kepada 65,000 golongan agama dalam Bajet...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak...

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai...

Patriotisme Kanak-Kanak Undang Tuah Bagi Mohd Nor Azhar

KUALA LUMPUR – Kisah kanak-kanak berjiwa patriotik yang mengumpul duit menjual tin kosong untuk mengganti bendera Malaysia yang ‘uzur’ di pekan kampung halamannya, membawa tuah kepada Mohd Nor Azhar Hamzah, apabila menjuarai pertandingan video pendek bertema ‘Negara Bangsa’.

Video bertajuk ‘Jiwa Merdeka’ berdurasi tiga minit yang sarat dengan unsur patriotisme itu mengalahkan tujuh video lain, membolehkan Mohd Nor Azhar, 43, penulis skrip sambilan, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan.

Pertandingan julung kali itu anjuran bersama Bernama TV, Pejabat Perdana Menteri dan Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.

Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata pertandingan itu merupakan inisiatif untuk menyampaikan semangat patriotik dan maksud Negara Bangsa kepada rakyat khususnya generasi muda.

“Video pendek ini merupakan satu pendekatan tepat kerana ia ringkas, padat dan ‘straight forward’,” katanya dalam ucapan sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Pendek Negara Bangsa di sini hari ini.

Tempat kedua dimenangi Senpai Studio dari Sentul, Kuala Lumpur melalui video bertajuk ‘Merdeka Negara Bangsa’ dan membawa pulang wang tunai RM7,000.

Tempat ketiga milik Khairul Ikhwan Jaafar, dari Shah Alam, Selangor dengan hasil karya bertajuk ‘Root & Family’ yang meraih tunai RM5,000.


Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya.

Shahlan memberitahu pemberita kemudian bahawa pertandingan seumpama itu akan menggalakkan lebih ramai penggiat industri kreatif mengetengahkan bakat mereka selain membantu menyedarkan masyarakat pentingnya patriotisme sebagai pencetus perpaduan dan keamanan.

“Sebanyak 79 penyertaan diterima penganjur sehingga tarikh tutup pertandingan 16 Sept lalu. Ini menggambarkan memang ada mereka yang faham konsep video pendek dan mesej yang nak disampaikan,” katanya.

“Kita berharap program seperti ini dilanjutkan dengan konsepnya harus lebih mudah difahami bagi meningkatkan penyertaan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor Azhar, dari Taiping, Perak berkata beliau tidak menyangka akan menjuarai pertandingan itu.

“Saya memang minat filem patriotik dan inilah langkah awal, ia menyuntik semangat saya untuk meneruskan hasrat menghasilkan lebih banyak video berbentuk patriotik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori