KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menerima kunjungan wakil pasukan bola sepak ternama dari Jerman, Borussia Dortmund pada 16 dan 17 Oktober ini.
PBNJ dalam satu kenyataan memaklumkan, satu mesyuarat khas akan diadakan diantara pengurusan PBNJ dengan wakil pengurusan kelab antarabangsa tersebut.
“Mesyuarat bakal membincangkan mengenai banyak perkara melibatkan senario bola sepak masa kini serta kerjasama yang bakal dirundingkan,” kata kenyataan itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
PBNJ pada 9 September lalu mengumumkan telah memeterai persetujuan dengan kelab La Liga Sepanyol, Valencia untuk beberapa aspek bermula musim hadapan bagi meningkatkan lagi mutu pasukan tersebut.
PBNJ sebelum ini turut mengumumkan pasukan itu sedang memburu bekas bintang Chelsea dan Liverpool, Fernando Torres untuk menyertai JDT bagi saingan musim 2016. – mynewshub.cc