Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Litrak, Sprint Holdings Setuju...

KUALA LUMPUR – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn. Bhd. (Sprint Holdings)...

Pusat Pengundian PRK Balakong,...

BALAKONG – Semua pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

KL Bandar Ekspat Ke-4...

KUALA Lumpur terpilih untuk menduduki tangga ke-4 bandar ekspat yang terbaik dalam senarai...

Nik Nazmi Dakwa Dikasari...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa...

PBT Perlu Periksa Papan Iklan Di Jejantas

KUALA LUMPUR – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memeriksa papan iklan yang dipasang di jejantas berikutan insiden bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin kencang di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata mengikut kajian awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, papan kenyataan iklan yang dipasang pada jejantas tersebut adalah antara punca insiden itu.

Katanya, pemasangan itu tanpa kelulusan, oleh itu berkemungkinan tidak mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan ditetapkan.

“Kita harap semua papan kenyataan iklan yang tidak mendapat kelulusan sama ada dari pihak kementerian atau pihak PBT dibuka (diturunkan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2014 di sini, hari ini.

Bumbung jejantas yang tercabut merentangi jalan di lebuh raya berkenaan berukuran 40 meter panjang dan 5.4 meter tinggi dan digunakan pejalan kaki dari Taman Melati ke Taman Kobena.

Fadillah berkata pihak Majlis Bandar Raya Johor Baharu (MBJB) perlu mengambil tindakan kerana papan iklan ini tidak mendapat kelulusan daripada kementerian untuk dipasang.


Fadillah berkata JKR juga akan memeriksa papan-papan kenyataan iklan yang dipasang di tanah dan bangunan persekutuan kerana terdapat kemungkinan dipasang tanpa kelulusan.

Sementara itu, menyentuh isu pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Kinrara–Damansara (Kidex), Fadillah berkata projek-projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan pusat di peringkat dasar.

“Mengenai Kidex, Majlis Ekonomi Selangor telah pun meluluskan projek ini dan sekarang ini berada di peringkat Majlis Perbandaran. Mereka telah melantik konsultan bebas untuk menilai laporan berkaitan projek ini.

“Mengenai SUKE, kelulusan setakat ini di peringkat dasar dan mesti memenuhi beberapa syarat untuk diteruskan, jika tidak dipenuhi syarat ini, kelulusan ini akan dibatalkan,” katanya.

Beliau turut berkata sesuatu projek hanya akan diteruskan selepas penilaian secara terperinci dan didapati mempunyai manfaat kepada negara dan rakyat dari segi ekonomi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori