SHAH ALAM – Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Kiong hari ini menggesa supaya semua ahli parti dan komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian sekiranya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
“Sekiranya ada ahli yang bersikap rasis (perkauman) dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kita akan ambil tindakan disiplin termasuk memecat keahlian parti.
“Saya juga mencadangkan supaya parti komponen BN turut ambil tindakan sama sekiranya ada hali berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN 2014, hari ini. – BH Online