Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Pelacur Otai’ Berdepan Hukuman...

KUALA TERENGGANU - Seorang janda yang juga dikenali sebagai ‘pelacur otai’ mengaku salah...

Ribut Kuat, Pokok Tumbang...

RIBUT kuat beserta hujan batu yang melanda ibu kota menyebabkan berlaku beberapa kemusnahan...

Jual Soalan SPM: Tiada...

TAIPING - Tiada pegawai Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan sindiket menjual soalan peperiksaan...

Piala Malaysia 2017: Kedah...

SHAH ALAM - Juara bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam...

Pekerja Ladang Maut Ditetak Dalam Pergaduhan

PORT DICKSON – Seorang pekerja ladang maut setelah diserang sekumpulan lelaki di kawasan perumahan di Ladang Tanah Merah, dekat sini, semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha berkata V. Muniandy, 22, diserang lima lelaki tidak jauh dari kediamannya dalam kejadian 4.40 petang dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

“Mangsa telah ditetak dengan objek tajam dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangan. Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di rumah tersebut, namun dia berseorangan ketika didatangi kelima-lima suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson.


Baharudin berkata polis menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an kira-kira 12 malam tadi bagi membantu siasatan.

“Kita telah mendapat perintah mahkamah pagi ini untuk menahan reman kedua-duanya selama seminggu (sehingga 1 Nov) bagi membantu siasatan. Kita sedang mengesan tiga lagi suspek berhubung kejadian itu,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori