Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Derita Rozana Dipukul Bekas...

PETALING JAYA - Penderitaan yang ditanggung bekas isteri Datuk Awie iaitu Rozana Misbun...

Suami Beri Sokongan, Tak...

PELAKON Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, mengakui kehidupannya...

Adam PKR ‘Sembunyi’ Aset...

SELEPAS pendedahan kontroversi mengenai kemewahan hartanya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang,...

Ringgit Diniaga Rendah Berbanding...

RINNGIT tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang...

Pelabur PKS Kurang Berdepan Risiko Dengan IAP

KUALA LUMPUR – Para pelabur kurang berdepan risiko sekiranya mereka melabur menerusi Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang diperkenalkan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata IAP, seperti yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini, merupakan platform baik bagi pelabur untuk menyertai dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia kurang berisiko, dan pada masa yang sama, membolehkan kerajaan menyediakan sokongan pembiayaan bagi PKS.

“IAP juga akan mewujudkan tabung pembiayaan bagi pelaburan, jadi risiko akan lebih rendah.

“Sebagai contoh, sekiranya pelaburan dibuat dalam 100 syarikat, dan kira-kira 5-10 tidak berjaya, kesannya akan diimbangi oleh PKS yang lain yang berjaya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat (IIBC) 2014, di sini, Isnin.

Husni berkata IAP akan beroperasi di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia.


Bagi mengukuhkan pasaran kewangan Islam, Bajet 2015, memperkenalkan IAP berjumlah RM150 juta, sebagai produk pelaburan patuh Syariah baharu bagi membiayai aktiviti keusahawanan dan membangunkan PKS.

Pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan daripada pelaburan kelayakan bagi tiga tahun berturut-turut ditawarkan kepada individu kaya.

Sementara itu, persidangan IIBC selama dua hari itu yang julung kali diadakan dianjurkan oleh Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 bank tersebut.

Ia bertujuan untuk menyediakan medan bagi penggiat industri untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan buah fikiran berkaitan perbankan dan kewangan Islam di samping membina rangkaian. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori