Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tiada Pembangunan Lepas Pembangkang...

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengundi yang boleh dianggap sebagai bakal pengundi tertua pada...

PDRM Diundi Bertemu JDT...

KUALA LUMPUR - Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara...

Dunia Tidak Berbuat Apa-Apa...

NEW YORK - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sistem antarabangsa ketika...

2 Saksi Pakar Inkues...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil dua saksi pakar yang memberi keterangan dalam...

Pelajar Anjur Forum Anwar Di UM, Rela Dipenjara Dan Dipecat

Pelajar yang bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program PidatoUM “40 Tahun : Dari Universiti Malaya Ke Penjara” tetap berdegil meneruskan program itu dan rela dipecat dan dipenjara.

Dia ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang turut berdepan ancaman penggantungan dalam jangka masa panjang.

Jika salah langkah, Fahmi akan mengikut jejak langkah beberapa aktivis pelajar sebelum ini seperti Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang dijatuhi hukuman penjara kerana perjuangan radikal mereka.

[BACA – Mahasiswa Pro-Pembangkang Sokong Program Anwar Di UM]

Fahmi yang berusia 23 tahun dan melanjutkan pelajaran menggunakan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beranggapan biarlah tindakan yang dikenakan kepadanya aka menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Persekutuan.

“Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia.

“Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.

“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik,” katanya menurut laporan portal The Malaysian Insider (TMI).

Dia dikatakan memulakan perjuangan ini selepas diinspirasikan oleh Profesor, Pensyarah dan rakan pelajar untuk membawa cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan dalam sistem politik.

ZainolFahmi

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM Zainol Fahmi

“Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa.

“Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar,” kata Fahmi.

Program yang melibatkan Anwar itu yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan esok, malam sebelum hari pertama rayuan pasukan pembelaan untuk kes liwat melibatkan beliau didengar di Mahkamah Persekutuan pada esoknya.

Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof menyifatkan program itu sebagai haram kerana akan merosakkan imej universiti.


Bagaimanapun, bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM yang diketuai Fahmi dikatakan akan tetap meneruskan program itu dan ia juga turut dijadikan pentas mencetuskan reformasi kedua sama seperti yang dicetuskan Anwar pada 1998.

Pada ketika itu, Anwar memulakannya kerana dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan tanpa rasa hormat, MPP UM menjemput pelajar dari seluruh negara untuk menghadiri program tersebut serta berkumpul di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada keesokannya bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar.

“Kami akan membantah untuk menunjukkan kepada pemimpin kami tidak puas hati dengan sistem dan supaya mereka membuka mata dan telinga. Belia akan bangkit dan masyarakat akan turut serta membanteras ketidakadilan.

“Kami mahukan Malaysia baru. Mari kita hentikan politik lama yang hanya menyakitkan kita,” katanya.

Tidak hairanlah kepada Fahmi begitu menyokong perjuangan Anwar, kerana dia berasal dari kawasan kerusi Parlimen Anwar iaitu Permatang Pauh di Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga dari enam beradik.

Dalam kelantangan perjuangannya, Fahmi mengakui ibu bapanya bimbang akan keselamatannya dan kemungkinan biasiswa JPAnya akan ditarik balik.

Ibu bapanya tidak mampu untuk membayar yuran pendidikannya di UM andai perkara itu berlaku.

“Ibu-bapa saya agak risau, tetapi saya yakinkan mereka saya sedang lakukan ini demi negara, demi mereka dan adik beradik saya.

“Saya katakan kepada mereka, jika bukan diri sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Kita tidak boleh biarkan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori