Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Berita Presiden PAS: Sinar...

KUALA LUMPUR - Sinar Harian memohon maaf kerana menyiarkan berita tidak tepat berhubung...

Kelab Naib Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Kelab Naib Ketua Bahagian UMNO 1Malaysia (NKB1M)ƃā€šĆ‚Ā menyatakan sokongan padu terhadap...

Educity Bakal Miliki Kolam...

ISKANDAR PUTERI - Iskandar Investment Berhad (IIB), pemaju yang bertanggungjawab membangunkan hab pendidikan...

Kekal Akta Hasutan Bukan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948...

Pelajar Malaysia Mati Akibat Jangkitan Meningitis

Bedah siasat yang dilakukan ke atas jenazah pelajar warganegara Malaysia di England menunjukkan bahawa kematian beliau diakibatkan oleh penyakit meningitis.

Rebecca Melissa Edward, 22, yang merupakan seorang penuntut jurusan undang-undang, meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit itu selama dua hari.

Menurut bapanya, Rev. Edward M. John, berita kematian anaknya diterima melalui seorang ahli patologi bebas pada Isnin lalu akibat jangkitan bakteria pada bahagian otak dan tulang belakangnya.

“Rebecca sihat sahaja semasa beliau berlepas ke England pada 11 September lalu,” kata Edward.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKami tidak menolak kemungkinan mendiang terkena jangkitan itu semasa di England,” tambahnya ketika ditemubual di Newcastle, semalam.

Meningitis lazimnya tersebar melalui udara apabila penghidapnya batuk ataupun bersin.

Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang Brickfields Asia College di Kuala Lumpur itu tiba di England kira-kira empat minggu lalu ntuk menyambung baki pengajiannya di Universiti Northumbria,Newcastle.

Sayangnya, mendiang menghembuskan nfas terakhirnya pada 1 Oktober lalu, selepas demam dan muntah-muntah selama dua hari.


Rebecca sempat memberitahu ibubapanya pada 29 September lalu bahawa beliau mengalami muntah dan demam,namun cuma diberikan beberapa biji pil demam oleh klinik kesihatan Royal Victoria Infirmary.

Hari berikutnya, Rebecca ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan-rakan serumahnya.

Bapa mendiang berkata, keluarganya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan harapan untuk mendapatkan kebenaran untuk membawa pulang jenazah Rebecca hujung minggu ini.

Tambahnya lagi, keranda Rebecca akan dibiarkan bertutup dan akan diterbangkan ke Malaysia bagi menjalani upacara keagamaan di St James Church,Sentul,Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di tanah milik keluarganya di Klang.

Edward yang merupakan seorang paderi berkata, beliau begitu terkesan dengan pemergian anak perempuan kesayangannya, terutamanya apabila membuka status terakhir Rebecca di Facebook.

“Hanya bapa saya yang akan makan juga kek hangus atau kurang sedap saya dan masih mengatakan ianya merupaka kek paling lazat beliau pernah rasai. Kasih sayang seorang ayah…”.-mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori