Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ribuan Kereta Mewah Ditinggalkan...

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu – Bandar raya ini menjadi lubuk individu tertentu meninggalkan...

Tanjung Piai Itu Bangsa...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Xavier Jayakumar...

Mahkamah Beri Amaran Keras,...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti...

Diganggu Bekas Suami, Fasha...

TIDAK sampai lima bulan bergelar janda, pelakon Fasha Sandha dikatakan telah membuat laporan...

Pelajar Tingkatan 3 Mati Lemas Tercampak Dalam Longkang

TASEK GELUGOR – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini mati lemas selepas tercampak ke dalam longkang besar apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Padang Cempedak, di sini tengah malam tadi.

Muhammad Amirul Asraf Mohamad Sabri, 15, dipercayai dibawa arus deras dan mayatnya ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi pelajar itu dilapor terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata ketika kejadian pada 12.45 tengah malam itu, pelajar berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Jarak Atas ke Tasek Gelugor.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh longkang dan terjatuh ke dalamnya. Kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata polis serta pasukan bomba dan penyelamat melancarkan gerakan mencari sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori