KANGAR – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini maut selepas terjatuh dari bumbung dewan sekolah itu dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin berkata Muhammad Haikimi Zulkefli, 15 meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah-siasat.
(BACA – 2 GAMBAR: Pelajar Tingkatan 3 Maut Jatuh Dari Siling Sekolah – KLIK)
Dalam kes lain, sepasang suami-isteri maut apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di KM 14 Jalan Alor Setar-Kangar di Bongor Kudong, dekat sini kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Abdul Rahman berkata siasatan mendapati motosikal yang ditunggang Din Mahamud, 60, bertembung dengan sebuah kereta semasa keluar dari persimpangan Bongor Kudong.
Petani itu dan isterinya, Jemilah Bakar, 56, yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA