Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Angkat Sumpah Sebagai...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Donald...

BN Bentang Usul Tergempar...

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan usul tergempar pada persidangan...

GAMBAR: Sultan Nazrin Shah...

Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Shah sememangnya dikenali sebagai Sultan yang dekat di...

Jual Porsche Bekas Suami...

Melbourne – Seorang wanita yang marahkan bekas suaminya kerana curang kepadanya telah membalas...

“Guide To Franchising In Malaysia” Ajar Cara Ceburi Bisnes Francais

Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan.

Justeru pelbagai inisiatif telah diperkenalkan kepada usahawan-usahawan baru termasuk bantuan infrastruktur, khidmat nasihat, pinjaman dan banyak lagi.

Sayangnya masih ramai golongan usahawan tidak menyedari peluang ini dan tahu dari mana serta bagaimana hendak bermula meski pun mempunyai potensi.

Maka khas untuk mereka, sebuah buku dengan garis panduan memasuki alam industri francais bertajuk “Guide To Franchising In Malaysia” tulisan Sofia Leong Abdullah dilancarkan semalam.

DSC_8848

Majlis dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Sri Hasan Malek.

Penerbitan buku ini amat dialu-alukan kerana setakat ini terlalu kurang buku tulisan rakyat tempatan berkenaan perniagaan francais berada di pasaran.

DSC_8852


Sofia Leong Abdullah yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Francais Malaysia adalah usahawan yang sangat berpengalaman dalam pelbagai industri termasuk perkhidmatan hospitaliti, industri pemakanan dan pengurusan hartanah.

“Konsep perniagaan francais sangat menarik, ia membolehkan sesebuah perniagaan sedia ada berkembang ke tahap lebih tinggi.

“Namun begitu, sistem dan mekanisme yang terdapat di dalam konsep pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) ini seharusnya difahami untuk memastikan kelangsungan perniagaan,” kata Sofia.

Buku ini adalah lanjutan daripada usaha beliau untuk membantu memperkembangkan perniagaan francais di Malaysia.

Antara kandungannya adalah sejarah industri francais di Malaysia, konsep strategi perniagaan dan pelbagai info menarik lain yang disampaikan secara jelas. – mynewshub.cc

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori