Ekoran kejadian pengendali bisnes online yang menipu pelanggan mereka, ada di kalangan orang ramai mungkin berasa takut melampau untuk berurusan secara dalam talian kerana takut diperdaya.
Mungkin itulah ketakutan yang dialami oleh seorang bakal pelanggan yang ingin membeli biskut daripada perniagaan online Cookiescookiesku yang menjalankan perniagaan di laman sosial Instagram.
Kerana bimbang ditipu dan barang yang dipesan tidak sampai, individu itu memohon agar barang yang dipesan diposkan terlebih dahulu sebelum bayaran dibuat.
[BACA – Kisah Sebenar Kes Pelanggan Bengang Terima Pizza ‘Telanjang’]
Bagaimanapun, pengurusan Cookiescookiesku tidak membenarkan transaksi sedemikian bimbang pula pelanggan itu tidak melakukan pembayaran.
Selepas itu, bakal pelanggan itu mula meminta bukti mengarut antaranya gambar keluarga, lesen, tanah dan juga sijil nikah.
Pengurusan perniagaan online itu kemudian menjawab bahawa mereka boleh memberi nama dan nombor kad pengenalan pengasas Cookiescookiesku tetapi untuk memberikan apa bukti lain yang diminta oleh bakal pelanggan itu tidak dibenarkan.
Tiba-tiba individu yang ingin memesan cookies itu marah-marah dan menuduh pihak Cookiescookiesku kedekut.
Kata-kata kesat seperti bodoh dan kedekut digunakan kepada pengendali bisnes online itu sekaligus menyebabkan mereka enggan melayani karenah pelanggan yang begitu melampau itu.
Agak-agaklah, kalau dah memang tentu bisnes online, takkan lah nak minta sijil nikah sebagai bukti testimoni pelanggan kan boleh? – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K