Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Belum Ada Panggilan Daripada...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa atau mana-mana pihak belum menerima sebarang panggilan daripada...

Rasuah: PAC Panggil Kementerian...

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan...

Remaja Pandu Lawan Arus...

BUKIT MERTAJAM - Remaja perempuan yang sebelum ini didakwa mengambil amphetamine ketika memandu...

Hubungan Malaysia, Indonesia Pada...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan...

Pelatih Jururawat Tidak Beretika, Muat Naik Gambar Limpa

Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas dia memuatnaik gambar organ seorang remaja dalam instagramnya ketika pembedahan dilakukan ke atas pesakit tersebut di hospital Kazan.

Lebih malang, Gulnaz Yalalova, 20, bukan sahaja memuat naik gambar limpa remaja yang cuba membunuh diri itu malah dia turut mempersendakan remaja perempuan itu bersama rakan-rakannya.

Tindakan Gulnaz itu disifatkan sebagai tidak beretika apatah lagi dia menggelar pesakit berkenaan sebagai ‘275lbs schizo’.

Remaja berkenaan berusia 16 tahun dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk, cedera di kepala dan limpa terkoyak setelah terjun melalui tingkap dari tingkat 8.

Semua butiran tersebut didedahkan oleh Gulnaz dalam media sosial ketika dia dan rakan-rakannya mengutuk remaja terbabit.


Susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Gulnaz telah dilarang kembali ke hospital berkenaan dan dia juga bakal dibuang dari sekolah kejururawatan itu.

“Saya amat-amat tidak bersetuju dengan tindakan (memuat naik gambar) ini. Ia adalah sesuatu yang teruk.

“Ia merupakan pembedahan yang serius di mana seorang gadis muda terjatuh dari tingkap lapan. Pasukan doktor cuba menyelamatkan nyawa gadis itu sepanjang pembedahan namun dia meninggalkan situasi pembedahan tersebut untuk mengambil gambar.

“Sudah tentu dia tidak akan kembali menjalani latihan perubatan,’’ kata pengarah hospital terbabit, Rustem Gaifullin.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori