PEMAIN bola sepak pasukan Brazil dilarang memakai subang, topi dan selipar ketika terlibat dalam perlawanan sama ada di tempat sendiri mahu pun di pentas antarabangsa.
Tindakan itu dibuat oleh pengurusan bola sepak di sana sebagai salah satu daripada displin dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain kebangsaan negara terbabit.
Selain itu, pemain juga disaran untuk menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat sebelum memulakan perlawanan dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif berbaur politik dan keagamaan.
“Ini bukan larangan sebaliknya hanya peraturan yang perlu dipatuhi pemain, sama seperti setiap organisasi yang mana turut mempunyai peraturan yang tersendiri yang perlu diikuti oleh pekerja mereka,” kata jurulatih Brazil, Dunga. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHAR