Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Akaun Media Sosial Palsu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau kehadiran akaun-akaun media...

Kewujudan Parti Baharu Tun...

AYER TAWAR - Penubuhan sebuah parti baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun...

Halang Laluan: Wanita Ini...

TERKILAN...Itu yang dirasai seorang wanita apabila tidak sempat melihat wajah suami kesayangannya untuk...

Siti Kasim ‘Hina’ Subjek...

TIDAK SERIK... Peguam kontroversi dan aktivis masyarakat liberal terkenal tempatan, Siti Kasim terus pertikai...

Pemandu Lori Ayam Maut Nahas Di Taiping

TAIPING – Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori membawa ayam, Salim Sariboo, 43, yang dilaporkan tersepit di tempat pemandu kenderaan itu.

Mangsa yang cedera pula ialah dua beranak yang belum dikenal pasti identiti mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.42 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati lori ayam berkenaan merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.


Katanya, anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat pemandu lori ayam yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua beranak cedera selepas PROTON Iswara yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta Nissan Teana selepas kedua-dua kenderaan itu cuba mengelak tandan sawit yang bertaburan di atas lebuh raya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori