Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seribu Kenderaan Klon Dirampas...

SETIU - Sebanyak 1,000 buah kenderaan klon pelbagai jenis dan jenama berjaya dirampas...

Penceramah Bebas Punyai 3...

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di...

Biar Majikan Rogol, Liwat...

SEORANG wanita membiarkan majikannya merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berulang kali,...

Suspek Seorang Penyayang, Tak...

SERDANG - "Dia seorang bapa penyayang tetapi pengaruh dadah menyebabkannya tergamak membunuh anak...

Pemandu Lori Parah Di Tembak Di Bayan Lepas

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah cedera parah ditembak dari jarak dekat di Mukim 12, Sungai Tiram, Bayan Lepas dekat sini Ahad malam.

Jurucakap polis berkata kejadian pukul 11.20 malam di perkarangan rumah lelaki berusia 27 tahun itu berlaku ketika dia berada di dalam lorinya untuk keluar bekerja.

“Tembakan itu mengenai bahu kiri lelaki berkenaan. Dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil,” katanya di sini Isnin.

Beliau berkata lelaki yang cedera ditembak itu kemudiannya berlari ke dalam rumah dan memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya.

Polis menemui sebutir peluru 9mm jenis luger berhampiran bahagian tayar hadapan lori mangsa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati pemandu lori itu tidak mengenali lelaki yang menembaknya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Berdasarkan rekod, mangsa juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori