Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isteri Muda Peraih Mungkin...

KOTA BHARU - Isteri ketiga peraih getah berusia 11 tahun yang juga warga...

Instagram Punyai Lebih Ramai...

Instagram secara rasmi mengumumkan, mereka punyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif setiap...

Segera Selesaikan Masalah Dalaman...

BATU PAHAT - Dewan Pemuda PAS meminta kepimpinan parti menyelesaikan masalah dalamannya dengan...

Polis Berkas Warga Myanmar...

ARAU – Seorang buruh warga Myanmar yang disyaki membunuh rakan senegaranya di rumah...

Pembalak Haram Akan Dikenakan Tindakan – Awang Tengah

KUCHING – Kerajaan Sarawak memandang serius aktiviti pembalakan haram di negeri ini dan mereka yang melakukannya akan dihadapkan ke muka pengadilan, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mengulas hasrat sekumpulan individu dan sebuah syarikat untuk menjalankan kegiatan pembalakan di Kampung Danu, Penrissen, beliau mengesahkan Jabatan Perhutanan tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana individu atau syarikat untuk berbuat demikian di kawasan itu.

“Ini bererti kegiatan pembalakan tidak dibenarkan di kawasaan itu dan mereka yang melakukannya tanpa permit akan dikenakan tindakan tegas serta menghadapi tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Bengoh di Penrissen dekat sini hari ini.

Beliau juga mengesahkan Jabatan Tanah dan Ukur tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk membuka ladang sawit di kawasan sama.


“Kami mendapat tahu mereka ingin membuka ladang sawit di sana dan mereka telah mengemukakan permohonan, tapi Jabatan (Tanah dan Ukur) belum meluluskan permohonan mereka kerana terdapat pertikaian mengenai tanah antara dua kampung,” katanya.

Awang Tengah berkata pasukan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan sentiasa memantau kegiatan pembalakan haram di kawasan berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber, tidak kurang empat jentera berat dihantar pihak berkenaan ke kawasan itu bagi membina laluan balak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori