Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mati Dalam Tahanan Polis:...

Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis tiga tahun lalu menyaman pihak...

Ibu Bawa Bayi Lepas...

KUALA LUMPUR - Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki...

Penaiktarafan Pengkalan TLDM KK...

KUALA LUMPUR - Perbincangan mengenai penaiktarafan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota...

Kedutaan Ireland Bantu Urusan...

SEREMBAN - Kedutaan Ireland di Kuala Lumpur akan membantu urusan tuntutan mayat remaja...

Pemecatan 3 Anggota UMNO Maran Perlu Dijadikan Iktibar

MARAN – Tindakan Lembaga Displin Umno memecat tiga anggota Umno Bahagian Maran baru-baru ini perlu dijadikan iktibar kepada anggota lain bahawa parti tidak akan melindungi mereka yang tidak jujur dalam perjuangan.

Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pemecatan itu wajar dijadikan peringatan bahawa parti mempunyai maruah dan tidak akan membiarkan anggota yang bersifat ‘talam dua muka’ memburukkan parti.

“Umno sebuah parti keramat Orang Melayu tidak mahu ada kalangan ahlinya yang belot dan tidak jujur, mereka dalam masa sama menyokong Umno tetapi mereka juga memburukkan parti dan menyokong pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas pemecatan tiga anggota Umno bahagian itu pada 14 Okt lepas iaitu Mohd Zamri Mohd Sham kerana kesalahan berceramah dan memburukkan parti di pentas pembangkang, manakala dua lagi Mohd Khairi Dahalan dan Ahmad Shukor Awang kerana mempunyai keanggotaan dalam dua parti iaitu Umno dan Parti Keadilan Rakyat.


Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sebagai anggota parti sepatutnya mereka memberikan komitmen dan bekerjasama bagi menguatkan parti terutamanya menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mereka membelot kepada pembangkang.

Sehubungan itu beliau menggesa pemimpin dan anggota di setiap cawangan bahagian Maran supaya menguatkan iltizam untuk memastikan Umno bahagian itu akan terus unggul sekaligus dan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya lagi, pemimpin bertukar ganti, tetapi Barisan Nasional kekal bagi membela nasib rakyat, agama, bangsa dan tanah air sebagaimana yang terbukti sehingga berjaya membangunkan negara hingga kini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori