KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak meminta kerajaan negeri memasukkan peruntukan untuk pembinaan litar perlumbaan sukan bermotor dalam Bajet 2015.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, litar sukan bermotor itu dicadang dibina di bandar Ipoh untuk golongan belia yang meminati sukan pemotoran.
“Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Perak menyediakan litar motor di Ipoh yang amat diminati oleh generasi anak muda.
“Ramainya peminat motosikal khasnya amat menunggu-nunggu agar kerajaan Perak menyediakan peruntukan untuk membina litar motor tersebut,†katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Raja Ahmad berharap kerajaan Perak tidak akan menghampakan harapan anak muda yang berminat dalam bidang itu menerusi Bajet 2015 nanti.
Beliau berkata, Bajet 2015 perlu memberi perhatian terhadap pembangunan sukan lain seperti hoki, badminton, berbasikal, bowling dan sepak takraw di negeri itu.
Menurutnya, langkah itu bagi melonjakkan nama serta imej Perak dalam bidang sukan pada masa akan datang. – mynewshub.cc