KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersetuju dengan gesaan Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika gagal menangani kelompok dalam parti yang sering mewujudkan kemelut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua DPPM, Suhaizan Kayat mendakwa, pandangan yang dilontarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh bekas mahasiswa pro-pembangkang itu mewakili sekelompok anak muda Malaysia yg mahu melihat PAS terus bersama PR.
“Anak muda Malaysia bosan melihat polimik yang berlaku. PAS dan PR harus melihat perkara ini dengan positif. Menerima pandangan secara terbuka ini adalah konsep yang DPPM kemukakan dalam politik budiman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Lensa hari ini menggesa agar PAS mengambil langkah untuk berundur daripada PR sekiranya gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam parti itu yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR.
Perkara itu dinyatakan NGO berkenaan dalam memorandum kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sambil meminta PAS mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan dengan PR.
Wakil Lengsa, Safwa Anang yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) menyerahkan memorandum itu kepada Pengawai Penerangan PAS Pusat Muhamad Shahir Abu Hasan.
“Sehingga semalam pemimpin PAS yang masih mengeluarkan kenyataan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan PKR lebih banyak bersikap responsif terhadap kenyataan yang dimulakan oleh pemimpin PAS.
“Jika kata PAS berhenti daripada meneruskan kenyataan yang merugikan Pakatan, kita yakin rakan lain juga akan berhentiâ€Â, katanya di luar ibu pejabat PAS hari ini. – mynewshub.cc