Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Allahyarham Adenan Akan Dikenang...

KUCHING - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu...

Thai Haramkan Buku Hina...

BANGKOK – Polis diraja Thailand hari ini mengharamkan sebuah buku politik, A Kingdom...

Hishammuddin Lawat Mangsa Nahas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melawat...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan...

LUNDU - Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri...

Pemuda Usahakan ‘Butik Bas’, Ilham Melancong Ke Luar Negara

LANGKAWI – Kegemaran Izman Malik melancong di dalam dan luar negara nyata memberi manfaat kepadanya apabila dia memperoleh ilham kreatif serta unik bagi menarik pelanggan mendapatkan barangan jualannya di Pantai Cenang di Langkawi.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata semasa berkunjung ke Australia pada 2007 dan 2008, dia mendapat idea untuk mengusahakan butik berkonsep ‘bergerak’ menggunakan bas, pastinya suatu kelainan berbanding premis sedia ada di sekitar pantai tumpuan utama pelancong di pulau ini.

“Saya tengok kat luar negara banyak butik bas ni, saya dapat idea dari situ untuk buat butik bas dengan bantuan isteri yang gemar menghasilkan pelbagai kraftangan, aksesori serta pakaian.

“Saya beli sebuah bas (mini) di Banting dengan harga RM20,000 dan memulakan perniagaan butik bas di Pantai Cenang pada 2012. Saya jual pelbagai barangan yang dibuat sendiri bersama isteri yang berasal dari Kanada,” katanya kepada Bernama di sini.

Pemilik Bas Butik, Izman Malik, 27, menunjukan produk hasil tangan sendiri yang menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara di Pantai Cenang itu di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Pemilik Bas Butik, Izman Malik, 27, menunjukan produk hasil tangan sendiri yang menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara di Pantai Cenang itu di sini hari ini. – Foto BERNAMA

Izman yang juga dikenali sebagai Iman, pemuzik Reggae di Pantai Cenang, menggunakan kelebihan perkongsian budaya dengan isterinya, Claudia Hamel, 24, untuk menghasilkan pelbagai kraftangan yang dijual di butik bas mereka.

“Dia (isteri) bawa macam-macam bahan dari Kanada untuk dibuat aksesori unik, bermutu tinggi serta lain daripada yang lain. Selain itu, kami juga ada buat baju kimono menggunakan kain batik bagi mengetengahkan batik tempatan,” katanya.


Izman berkata Claudia yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulung mereka turut menjual pakaian kanak-kanak dan bayi di dalam butik bergerak itu.

Ditanya tentang cabaran sepanjang menjalankan operasi butik bas yang bermula jam 8.30 malam itu, Izman berkata ada juga segelintir masyarakat yang menganggapnya membuat kerja mengarut.

“Tapi saya sabar sahajalah, asalkan saya tahu saya buat kerja yang halal untuk sara isteri dan bakal anak kami. Lagipun kalau nak sewa kedai, ia sangat mahal di sini dan jika jual barangan atau pakaian biasa yang diimport dari China misalnya, saingan sangat banyak di sini,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Optimis dengan usahanya, Izman berkata walaupun hanya beroperasi antara dua hingga tiga jam sehari pada waktu malam (siang bekerja dalam sektor pengangkutan), dia yakin butik basnya akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya yakin sebab barang-barang yang saya dan isteri jual sangat berbeza dan pelanggan pasti berpuas hati dengan kualiti, design serta harga yang kami tawarkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori