Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

JBPM Terbangkan Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu Orang Asli yang sarat mengandung dari Pos Gob...

“Mana Bantuan BaSah?”

1. Bantuan Sara Hidup atau BaSaH merupakan penjenamaan semula Bantuan Rakyat 1 Malaysia...

4 Mayat Terapung Di...

LUMUT: Mayat tiga wanita dan seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan...

10 Negara Paling Mahal...

Jalopnik, sebuah laman popular mengenai kereta telah menyenaraikan 10 negara paling mahal untuk...

Lelaki Kantoi Mencuri Kerana Tak Pam Tandas

Sikap pengotor dan cuai seorang pencuri akhirnya memakan diri sendiri apabila dia ditahan kerana bukti DNA yang dijumpai di sebuah rumah yang dipecah masuk menunjukkan dirinya adalah individu yang melakukan perkara tersebut.

Menurut polis Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, seorang lelaki menjadi suspek tunggal kes kecurian bernilai USD 250 ribu kerana DNA miliknya ditemui melalui kesan urin (air kencing) di tandas.

Lelaki tersebut, Ramon Herrera yang berusia 33 tahun dikatakan telah membuang air kecil pada hari kejadian namun terlupa untuk pam tandas, sebelum membawa lari barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

Selain itu, Herrera juga meninggalkan DNA pada tin minuman Coke yang diminumnya ketika berada dalam rumah itu.


Selepas siasatan pihak polis, kedua-dua DNA itu memang sepadan dengan Herrera.

Kini ditahan di Penjara Daerah Bernalillo, Herrera bagaimana pun mengaku tak bersalah atas tuduhan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori