Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Diskriminasi Wanita Bertudung...

Washington (Amerika Syarikat) - Kisah seorang wanita Islam yang tidak ditawarkan pekerjaan hanya...

Warga Emas 100 Tahun...

TAIPING - Meskipun hasratnya untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia (MyKad) belum tercapai,...

Amos Yee Diserang Lelaki...

SEORANG penulis blog dan aktivis kontroversi Singapura, Amos Yee yang pernah memuat naik...

Dadah Yang Membantu Menumbuhkan...

CANGGIH... Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang...

Pencuri Perangai Pelik Kemaruk Bau Kasut Wanita

Seorang pencuri yang kemaruk dengan kasut dilapor mencuri kasut dari kaki wanita di beberapa stesen kereta api bawah tanah di bandar raya ini.

Polis berkata, semua kejadian aneh itu berlaku di stesen kereta api seluruh Brooklyn, New York ketika mangsa menanti untuk menaiki kereta api.

Beberapa wanita memberitahu polis, pencuri berkenaan mendekati mereka dan merampas kasut dari kaki mereka ketika mereka berdiri atau duduk menunggu kereta api.

Rakaman televisyen keselamatan menunjukkan lelaki yang berpakaian gelap dan bertopi hitam itu menghampiri wanita dari belakang dan mengambil kasut mangsa sebelum melarikan diri.

Jabatan Polis New York berkata, dua wanita mengenal pasti lelaki yang sama terbabit dalam kejadian itu.


“Suspek hanya berminat kepada kasut kanan tanpa mengira sama ada ia bertumit tinggi, kasut sukan atau kasut biasa, kerana dia sukakan semuanya.

“Pencuri ini mungkin ketagih bau kasut wanita,” kata seorang anggota polis.

Kali terakhir lelaki itu mencuri ialah di stesen kereta api di Coney Island minggu lalu apabila dia merampas kasut sukan seorang wanita ketika mangsa menaiki tangga.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori