KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 93,078, meningkat 2,344 daripada sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan jabatan itu, data terkini menunjukkan semakin banyak syarikat mendaftar untuk GST bagi memenuhi tarikh akhir pendaftaran pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar dalam struktur percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA