Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Gagal Cabar...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Brunei Terbit Mata Wang...

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei mula menerbitkan mata wang khas B$50 di...

Aswaja Mahu Saman Mufti...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mahu mengambil tindakan...

Kerajaan Negeri Setuju Tubuhkan...

PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan bagi...

Pendayung Solo Tamat Fasa Pertama Ekspedisi Berkayak

JOHOR BAHRU – Pendayung solo negara, Nadzeri Mustaffa yang melakukan ekspedisi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Kelantan ke Perlis, menamatkan fasa pertama misinya selepas tiba di bandar raya ini dua hari lepas.

Nadzeri, 50, yang memulakan ekspedisi itu pada 20 Sept lepas dari  Pengkalan Kubor, Kelantan, tiba di Stulang Laut di sini kira-kira 3 petang  selepas berkayak sejauh 1,000 kilometer (km).

“Perairan Kota Tinggi adalah laluan mencabar sepanjang fasa pertama di bahagian timur ini apabila saya berdepan dengan ombak besar terutama di kawasan Tanjung Sedili dan Tanjung Balau. Namun, saya bersyukur selamat tiba di Stulang Laut mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sebelum berlepas bagi fasa kedua ekspedisi itu, sejauh 1,000 km lagi dari jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di sini, hari ini ke Pengkalan Asam, Perlis.

Nadzeri berkata ekspedisi yang dijangka tamat pada 24 Nov ini, adalah misi  ketiga solonya selepas kali pertama pada Januari lepas dari Pantai Remis, Selangor ke Gua Kerbau, Kodiang, Kedah membabitkan laluan sejauh 700 km.


Misi kedua pula pada Mac lepas membabitkan laluan sejauh 2,000 km dari Sungai Bugis, Perlis ke Danga Bay di sini dan berpatah balik ke Pengkalan Asam.

Mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada fasa kedua di bahagian pantai barat, beliau perlu berkayak kira-kira lima kilometer dari pantai berikutan keadaan perairan yang berselut selain faktor cuaca yang tidak menentu sekarang.

Selain mempromosi sukan berkayak, Nadzeri yang merupakan jurulatih sukan berkayak pada tahun 80-an berkata, ekspedisi itu juga adalah sebagai simbolik bagi membantah kekejaman Zionis di Palestin dan simpati terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.

“Saya ingin membuktikan sukan ini (kayak) sukan yang selamat. Rakyat Malaysia harus lebih terbuka dan sedar sukan berkayak boleh memupuk kecekalan individu dalam aspek ketahanan diri,” katanya yang berharap agar pelbagai pihak dapat memberi sumbangan bagi menampung kos ekspedisi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori