Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPR Jamin Tiada Penggunaan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu...

Penjaga Stor Didakwa Sebabkan...

Kulim : Seorang penjaga stor yang juga orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke...

Tiada Sebarang Perpecahan Dalam...

PUTRAJAYA - Golongan yang tidak berpuas hati wujud dalam mana-mana organisasi politik termasuk...

TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama...

JOHOR BAHRU - Satu gambar memaparkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku...

Pendekatan Seni Mural Jadi Ejen Pendidikan Kesihatan USM

TUMPAT – Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan mural kesihatan bagi mengadaptasi seni sebagai ejen pendidikan dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Datuk Susie See Ching Mey berkata, di bawah projek ‘USM Health Engagement Through Art’, mural kesihatan itu melibatkan komuniti sekolah dan ia dilihat mampu memberi impak dalam proses pembelajaran awal kanak-kanak.

“Pelajar dalam peringkat umur ini mudah dibentuk dari segi rangsangan dan seni adalah satu cara yang mampu membantu dalam konteks pendidikan kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mural kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli di sini, hari ini.

Projek mural kesihatan itu dilaksanakan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, mahasiswa Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Pusat Pengajian Seni USM dan Kelab Doktor Muda SK Kok Keli.

Beliau berkata, projek berkenaan akan memangkinkan imaginasi, ekspresi emosi dan sikap serta mencetuskan pemikiran pelajar berhubung isu yang berkaitan dengan mereka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • USM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori