Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

SOP PRK DUN Chini...

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan...

Gaji RM2,000 Tak Patut...

TAHNIAH diucapkan kepada Perodua kerana berjaya mengeluarkan model terbaharu Perodua Bezza yang amat...

Imej “Kategori 3” Dirakam...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Australia menafikan laporan berita yang mendakwa imej dirakam...

Robot Seks 50 Posisi...

LONDON - Pasaran seks global bakal berdepan revolusi terbesar apabila robot sextech yang direka...

Penerbangan Pertama MAS Bawa Pulang Jemaah Haji Tiba Hari Ini

KUALA LUMPUR – Penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) membawa pulang jemaah haji Malaysia daripada Tanah Suci tiba awal hari ini.

Penerbangan MH8201, membawa 279 jemaah haji, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 4.05 pagi, kata MAS dalam kenyataan dan menurutnya penerbangan itu berlepas dari Jeddah pada 2 petang (waktu Arab Saudi) semalam.

Semua jemaah berkenaan diwajibkan menjalani pemeriksaan seperti disyaratkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran merentas sempadan virus Ebola yang telah menjangkiti dan meragut nyawa penduduk di barat Afrika.

“Kementerian telah mewujudkan kaunter-kaunter kesihatan di pintu ketibaan untuk memastikan semua jemaah dan kru MAS diperiksa,” menurut kenyataan itu.

Bagi haji musim ini, MAS mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah dari tujuh bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (14 penerbangan), Pulau Pinang (enam), Johor (enam), Kuala Terengganu (lima), Alor Setar (lima), Kuching (dua) dan Kota Kinabalu (satu), antara 27 Ogos dan 27 Sept.

Sebanyak 28 penerbangan mendarat di Jeddah dan 11 di Madinah.


Kenyataan itu turut memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya sebagai berkata MAS dan Lembaga Tabung Haji mengalu-alukan kepulangan semua jemaah dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji mereka.

“Dalam Islam, mengerjakan haji merupakan peluang dan rahmat daripada Allah SWT.

“MAS, bersama-sama dengan Lembaga Tabung Haji, komited untuk memberikan layanan komprehensif dan selesa di lapangan terbang dan semasa dalam pesawat kepada jemaah. Kami berharap perkhidmatan yang kami berikan kepada jemaah menjadi pengalaman indah kepada mereka,” kata Ahmad Jauhari.

Sejumlah 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji musim ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori