Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Benar Solat Rapat...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah di masjid atau surau dengan kapasiti...

Anak Lembu Kembar Siam...

CANBERRA - Seorang petani di wilayah Australia Barat terkejut apabila menemui bangkai anak...

Johor Bakal Miliki Stadium...

JOHOR maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola...

PRU-15: Elak Salah Pilih...

Kuala Lumpur : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri...

Penghinaan Terhadap Islam Berterusan Jika Umat Tak Bersatu

PUTRAJAYA – Tindakan menghina agama Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest, dan program ‘I Want To Touch A Dog’ akan digerakkan secara terang-terangan sekiranya umat Islam tidak bersatu, kata Tokoh Maal Hijrah 1436H, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Katanya, usaha kumpulan-kumpulan yang berselindung di sebalik gerakan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia itu hanya boleh dihalang sekiranya umat Islam bersatu dalam pandangan atau tindakan.

“Umat Islam di negara ini tidak seharusnya berbeza pendapat namun kalau ada ia harus diurus dengan baik sehingga dapat menyatukan pandangan untuk menegakkan maqasad syariah,” katanya semasa berucap selepas menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sheikh Ghazali yang juga Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara berkata apa yang lebih menyedihkan ialah kealpaan umat Islam hari ini telah memberi ruang kepada musuh-musuh untuk menyerang agama Islam melalui pelbagai sudut dalam media sosial.


Justeru, beliau menggesa umat Islam di negara ini untuk menolak perselisihan sehingga boleh menggugat ikatan ummah walaupun perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam.

“Apabila negara aman kerana tidak berlaku perpecahan, kita bersama-sama dapat melakukan amal ibadah tanpa konflik malah negara dapat merangka program pembangunan dan transformasi apabila rakyat bersatu padu menyalurkan pandangan dan bersama-sama membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom dalam ucapannya berkata kegagalan menguruskan perbezaan isu agama dan bangsa membolehkan negara ini terjerumus ke dalam kancah perpecahan seperti yang berlaku di beberapa negara yang lain pada masa ini.

“Justeru sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari kita terus mengembangkan dan menyuburkan ukhuwah sesama ummah di samping menjaga hubungan erat rakyat berbilang bangsa dengan pelbagai resam agama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori