Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Imigresen Selangor Tahan 501...

Shah Alam : Seramai 501 warga asing ditahan pada Op Bersepadu dijalankan Jabatan...

Erra Fazira Nafi Bertudung...

ALHAMDULILLAH, sekarang memang dah nampak makin ramai selebriti wanita yang sudah mula memakai...

Rakyat Malaysia Sembuh COVID-19...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19...

Kerajaan Jamin Data Peribadi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan data peribadi dalam aplikasi MySejahtera selamat kerana...

Penghuni Apartmen Teratai Mungkin Dibenar Pulang Ahad

HULU SELANGOR – Penghuni Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung di sini yang terjejas dalam insiden tanah runtuh di kawasan itu, dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad atau Isnin ini.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata kebenaran itu akan diberi sekiranya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan tiada pergerakan tanah baharu di kawasan itu.

“Kerja pemasangan cerucuk penghadang besi oleh JKR dijangka selesai esok dan pemantauan teliti akan terus dijalankan selama 24 jam bagi memastikan tiada lagi pergerakan tanah baharu berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Memberi data terbaharu mengenai penduduk terlibat, Ahmad Suaidi berkata 289 keluarga merangkumi 1,163 individu yang mendiami blok K dan L dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan tanah runtuh yang berlaku Isnin lepas.


Menurut Ahmad Suaidi, JKR memasang kanvas di lokasi runtuhan untuk menghalang air daripada masuk.

Katanya, pihak JKR akan membuang tanah yang runtuh untuk melandaikan cerun dan mengurangkan bebanan tanah di lokasi runtuhan. “Daripada pemantauan awal yang dibuat, struktur blok K dan L di Apartmen Teratai masih selamat didiami,” katanya.

Ahmad Suaidi berkata, satu jawatankuasa khas dijangka dibentuk dalam masa terdekat merangkumi pihak JKR, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad dan agensi lain yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kekal terhadap masalah tanah runtuh di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori