Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

10 Tips Susun Atur...

KEBANYAKAN kita pasti pernah mengalami situasi tercari-cari telefon bimbit di celah-celah beg tangan...

Hanie Lebih Hargai Malaysia...

PELANTUN lagu Rasa Sayang, Hanie Soraya akui dia lebih menghargai keamanan yang dinikmati...

Habis Diserbu TMJ Belanja,...

KECOH setelah Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan istimewa apabila bayar kesemua barangan...

Bomba Di Kuil Lakon...

SIASAT... Pasukan polis hari ini muncul di lokasi Muhammad Adib Mohd Kassim yang...

Peniaga Buka Gerai Di Perkarangan Istana Kehakiman

PUTRAJAYA -   Kira-kira sebanyak 10 buah gerai makanan didirikan secara haram di sekitar perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Rata-rata peniaga yang ditemui mengatakan mereka sengaja mengambil kesempatan meniaga berikutan kehadiran ramai orang di sini semenjak prosiding rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan semalam.

Menerusi pemerhatian Mynewshub, situasi ini berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan semalam kerana semalam hanya sebuah gerai sahaja didirikan di sini bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga pengikut yang sedari awal pagi berhimpun.

Peniaga yang enggan dikenali mengatakan dia hanya mengambil kesempatan dengan kehadiran ramai orang untuk melariskan lagi jualan mereka.


Namun tindakan mereka mendirikan gerai secara haram telah menyebabkan mereka dikompaun sebanyak RM300 oleh Perbadanan Putrajaya.

Kebanyakan gerai di sini menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti burger, roti john dan minuman.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori