Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nenek Dan Cucu Maut...

KOTA KINABALU - Seorang wanita warga emas dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan...

3 Maut Kemalangan Libatkan...

PORT DICKSON – Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit...

Wow… Black Hadiahkan Isteri...

SUAMI mana tak sayang isteri kan.. Orang kata kalau sayangkan isteri dan sentiasa...

Media Berkuasa Pengaruhi Pengguna...

KANGAR - Media berkuasa dan mempunyai pengaruh kuat dalam membantu pengguna dan gerakan...

Peniaga Didakwa Kes Tipu RM50,000

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM50,000 berhubung kontrak dengan sebuah syarikat akhbar tahun lepas.

Saifulddin Kadir, 31, didakwa menipu Mohd Shafizan Ismail, 34, juga seorang peniaga, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia (tertuduh) telah memperoleh kontrak bernilai RM88,000 itu dengan menunjukkan borang pembelian palsu.

Perbuatan itu mendorong Mohd Shafizan menyerahkan RM50,000 kepadanya di Maybank Desa Seri Hartamas, Brickfields, di sini pada 22 dan 23 Mei 2013.

Bagi pertuduhan itu, Saifulddin didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menggunakan borang pembelian atas nama Seniman Production bertarikh 29 Mac 2013 sebagai tulen bagi meyakinkan Mohd Shafizan mengenai kontrak berkenaan sedangkan borang pembelian itu palsu.


Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Hartamas 1, Brickfields, di sini pada 22 Mei tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 28 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam Rohani Ibrahim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori