Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan...

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

Enam Generasi Keluarga Rahmat...

MERIAH... “Alhamdulillah, kami kumpulkan hampir 500 ahli keluarga dari enam generasi keturunan Rahmat...

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model...

BEIJING - Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya...

Pengusaha Ladang Rempah, Herba...

PAGOH - Berkat kesabaran melakukan penyelidikan selama 12 tahun, pengusaha ladang rempah ratus...

Penipu Dakwa Koma 2 Tahun, Dirakam Beli Belah Di Tesco

SOUTH WALES – Selepas dua tahun menipu berada dalam keadaan koma, akhirnya seorang lelaki, Alan Knight berjaya ditangkap polis selepas dia dirakamkan membeli belah bersama keluarganya.

Kinght, 47, melakukan penipuan itu selepas dia didakwa menipu wang  jirannya sebanyak  £40,000.

Justeru bagi mengelak tindakan undang-undang, dia merancang satu penipuan dengan mendakwa mengalami kecederaan leher dan terpaksa bergantung kepada oksigen.

Dia juga menipu tidak boleh bergerak dari bahagian leher ke bawah.

Malah isteri Knight, Helen, turut bersubahat dengannya dan memberitahu bahawa suaminya terjatuh ketika sedang menarik pintu garaj rumah mereka.


Akibat penipuan itu juga, Knight dapat mengelak daripada menghadiri perbicaraan sebanyak dua kali iaitu pada 2012 dan 2013.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhinya dia tersungkur juga apabila aksinya berjalan di Tesco telah dirakamkan melalui CCTV.

Selepas ditangkap, Knight bukan sahaja berdepan dakwaan menipu jirannya itu malah tuduhan ke atasnya ditambah lagi kepada 19 pertuduhan termasuk menipu untuk mendapatkan wang daripada kebajikan masyarakat.

Hukuman ke atasnya dijangka diputuskan bulan depan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori