Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Insiden ‘Serang’ Balai Polis...

Johor Bahru : Polis Johor mengesahkan pihaknya sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan...

Koronavirus: HKL Siasat Remaja...

PUTRAJAYA - Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan siasatan terhadap seorang remaja warga Kanada...

Elaun Pelajar IPG PPISMP...

PUTRAJAYA – Pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut...

Penerbangan Sulung IndiGo Ke...

SEPANG - Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo ke negara ini...

Penjawat Awam Dicekup Khalwat Di Perak

IPOH – Dua penjawat awam ditangkap khalwat ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Tasek, di sini, tengah malam, semalam.

Menurut sumber, Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menahan kedua-dua individu berusia lewat 20-an yang bekerja di jabatan sama itu pada kira-kira jam 12 malam.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat setelah Jaipk mendapat maklumat daripada orang awam bahawa kedua-dua mereka berada dalam keadaan meragukan di kediaman itu.

Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya berpakaian lengkap, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.


“Tiada alasan diberikan bagaimana mereka berada di rumah berkenaan, namun siasatan masih dijalankan dan kita akan panggil kedua-duanya untuk merakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya.

Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori