Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Melaka Bakal Ada Penerbangan...

MELAKA - Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di...

Pasukan Penyiasat PDRM Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat bagi 1Malaysia Development...

Bernas Tidak Ditutup, Cuma...

KOTA BHARU - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Salahuddin Ayub berkata...

PRK DUN Slim: 65%...

TANJUNG MALIM - Sebanyak 65 peratus daripada 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai...

Penjawat Awam Perlu Mampu Atasi Cabaran Semasa

KUALA LUMPUR – Penjawat awam perlu menambah ilmu dan memiliki keupayaan untuk menghadapi cabaran yang wujud berikutan landskap global yang pesat berubah, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau berkata oleh kerana kualiti kerja mereka sentiasa menjadi perhatian orang ramai di samping permintaan yang terus meningkat daripada klien, penjawat awam hari ini tidak boleh bersikap berpuas hati dengan apa yang sudah mereka capai.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu meningkatkan prestasi dan melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih pantas, cekap dan berkesan, manakala kerajaan pula perlu memberi penekanan terhadap perkhidmatan awam yang dipacu pengetahuan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Bernama bersempena Persidangan Persatuan Komanwel bagi Pentadbir Awam dan Pengurusan(CAPAM) akan datang, Ahmad Sarji berkata Malaysia mempunyai dasar transformasi yang hebat untuk terus menggerakkan negara ini ke hadapan dan oleh itu, penjawat awam perlu melengkapkan diri masing-masing dengan secukupnya bagi membantu dan menjayakan dasar berkenaan.

“Kerajaan mempunyai rancangan pembangunan yang sungguh hebat dan tepat serta menyediakan sokongan institusi. Oleh itu, penjawat awam perlulah memastikan mereka berjaya menghadapi cabaran mendatang.

“Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, penjawat awam perlu memiliki ilmu dalam sektor yang mereka kendalikan. Mereka perlulah melengkapkan diri dengan ilmu secukupnya serta jenis latihan yang betul bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah dan melaksanakan dasar yang sewajarnya untuk meningkatkan daya saing sektor awam serta menyemai nilai yang betul dalam kalangan penjawat awam.

Ini termasuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan menyusun semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika menyandang jawatan KSN dari 1990 hingga 1996, Ahmad Sarji memainkan peranan penting untuk melakukan perubahan dan inovasi terhadap sektor awam seperti melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan menggalakkan penjawat awam menggunakan ICT dalam menjalankan tugas masing-masing.


Beliau juga begitu bersungguh-sungguh menganjurkan amalan budaya kualiti dan produktiviti dalam kalangan penjawat awam.

Ahmad Sarji adalah naib presiden pertama CAPAM pada 1994, sebelum dipilih sebagai presiden keduanya dua tahun kemudian.

Mengenai isu berkaitan, Ahmad Sarji mengesyorkan agar sistem ‘memberi ganjaran dan menghukum’ dalam perkhidmatan awam ditambah baik bagi menggalakkan penjawat awam lebih bersemangat untuk menghadapi cabaran.

Menurut beliau, penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang perlu diberi ganjaran, manakala yang didapati melanggar peraturan pula perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya.

Beliau berkata dalam aspek ini, kerajaan boleh mencontohi prinsip sektor swasta dalam memberi ganjaran kepada pekerja mereka.

“Dan bagi mereka yang melanggar aturan dan peraturan pula, mereka perlu segera dikenakan hukuman sewajarnya. Tidak perlu bersikap takut dan pilih kasih dalam melaksanakan perkara ini,” katanya.

CAPAM akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dari 19 hingga 21 Okt. Bertemakan “Transformasi Perkhidmatan Awam: Satu Bicara Baharu”, CAPAM 2014 dijangka dihadiri lebih 1,000 peserta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori