Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Fikir Dua Tiga Kali...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini 'diceriakan' dengan kenyataan saling menyindir...

APM Dilengkapi Aset Bot...

KOTA KINABALU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bakal dilengkapi aset bot penyelamat...

Rentas Negeri Babitkan Kuala...

PERJALANAN merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas...

Anak Lembu Keliru, Sangka...

SEEKOR anak lembu di California menjadi sensasi Internet selepas dipercayai mengalami 'kecelaruan identiti'.Goliath...

Penulisan Kolumnis Bloomberg Ini Ada Agenda Tersembunyi?

Seorang kolumnis dari stesen berita Bloomberg menyifatkan, pertikaian dan perdebatan mengenai isu program menyentuh anjing dan pesta arak Octoberfest boleh menjejaskan persaingan Malaysia dengan negara serantau.

Kolumnis itu, William Pesek berkata Malaysia boleh ketinggalan di belakang Indonesia yang dilihat akan membangun dengan lebih cepat bawah pentadbiran Presiden baru Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi.

Biarpun dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia merupakan negara Islam beliau mengatakan bahawa Malaysia ‘secara teknikalnya sekular’, menggunakan agama untuk mempertahankan kuasa ketika menangani isu Octoberfest dan sama ada orang Islam patut dibenarkan menyentuh anjing.

“Kegagalan Malaysia amat mengecewakan kerana ia sangat tidak perlu,” katanya.

Katanya, Malaysia patut segera merobohkan halangan persaingan dan bukannya melayan “isu-isu sampingan”.

“Malaysia patut ingat bahawa globalisasi membolehkan semua ekonomi berkembang cepat.

“Jika negara mereka enggan menjadi terbuka dan menjadi meritokrasi sebenar – tempat yang sosok seperti Jokowi boleh naik ke tampuk kuas melalui peti undi – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina akan mencuri pelaburan dan industri.

“Kemudian masalah yang mereka tumpukan hari ini tidak akan nambak begitu besar,” katanya dalam ruangan View di bloombergview.com.

Pesek_3


Nampaknya tulisan Pesek jelas menunjukkan bahawa tujuan ia dihasilkan ada motif tertentu kebetulan sebaik kedua-dua isu berkaitan arak dan anjing berada di kemuncaknya.

Berkemungkinan juga ia diaturkan secara halus oleh pihak tertentu termasuk Pesek menjadi penyudahnya meletakkan Malaysia begitu buruk dan rendah statusnya di kawasan serantau di ASEAN antara Indonesia dan Thailand dan Filipina.

Beliau juga dalam tulisannya mahu melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat semula fokus kerajaan yang dilihat lebih mengutamakan bangsa Melayu iaitu bangsa majoriti di Malaysia.

Dalam erti kata lain, Pesek mahu melihat masyarakat Malaysia mendesak negara ini segera membuka pintu seluas-luasnya untuk globalisasi tanpa memikirkan akibatnya kepada kehidupan bangsa dan agama pelbagai kaum di negara ini.

Pesek_2

Dalam soal arak dan anjing yang dikatakan isu kecil, benarlah kata Ustaz Mohd Kazim Elias program-program sedemikian adalah jarum paling halus pihak tertentu untuk menjadikan kesemua perkara berat dan besar dalam Islam menjadi ringan seterusnya liberal.

Secara jelasnya, Pesek tidak melihat bagaimana Malaysia berjaya memacu pembangunan sehingga ke hari ini biarpun diancam pihak tertentu dalam usaha mereka melihat Malaysia bebas untuk para ahli politik dan perniagaan tetapi rakyat yang akan menanggung akibatnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori