Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Suspek Buat Seks Di...

Susulan kes pasangan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominium di Bangsar baru-baru...

Langkah Dubai: Empat Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil empat individu bagi...

Pendapatan LGE Paling Tinggi...

HEBAT... Lim Guan Eng mendahului 47 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam senarai...

‘Pajeri Nanas’ Ubat Kemelut...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula sepasang suami isteri. Cemburu itu lumrah kalau sudah...

Penyanyi Lagu Ahmad Tertipu Beli Cincin Berlian Harga RM14,000

Malang sungguh nasib yang menimpa penyanyi bernama Salwa Razak ini .

Dia yang pernah popular dengan lagu Ahmad mendakwa telah diperdaya oleh rakan baik sendiri gara-gara cincin berlian yang dibeli dengan harga RM 14,000 sedangkan nilai sebenarnya kurang daripada RM1000.

Salwa yang membeli cincin berlian tersebut beberapa tahun lalu hanya menyedari perkara ini beberapa hari lalu apabila menghantar cincin tersebut yang mengalami kerosakan untuk dibaiki.

“Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan,” kata Salwa Razak.

image (1)

Memetik petikan Harian Metro, selepas Salwa mendapatkan khidmat penilaian di sebuah syarikat emas terkemuka Salwa turut diberitahu nilai cincin berkenaan hanya RM934, menyebabkan Salwa tergamam dan terus menghubungi rakannya itu.

Bagaimanapun rakannya itu mempersoal pula tindakan Salwa membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada dia ingin menjual cincin terbabit.


“Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu,” cerita Salwa.

Apa-apa pun kata Salwa, dia tetap berbaik sangka dan berpendapat mungkin rakannya itu turut ditipu oleh pihak ketiga yang merupakan tuan punya asal cincin berkenaan.

13HM12A.transformed
Inilah cincin yang dikatakan bernilai RM14 000 itu.

Salwa turut mengakui kesilapannya kerana tidak membuat pengesahan sebelum membeli cincin itu dulu.

“Saya serah kepada Allah SWT dan harap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang dikenali,” ujar Salwa.

Wah, bukan sikit-sikit duit yang dia dah kena tipu tu. Sabar jelah Salwa ya! -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Farah R

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori