PUTRAJAYA - Seorang jurugambar media telah dibaling telur semasa menjalankan tugas di perkarangan Istana Kehakiman bagi melaporkan perkembangan prosiding rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan provokasi penyokong Anwar itu turut terkena pada sebahagian anggota polis yang berkawal di situ.
Selain perbuatan buruk melemparkan telur, mereka turut membakar poster yang memaparkan wajah Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, pasukan keselamatan membuka penghadang besi bagi membenarkan penyokong Anwar masuk berteduh dalam khemah yang terdapat di hadapan Istana Kehakiman memandangkan cuaca di sini semakin mendung dan berkemungkinan hujan sebentar nanti. - MYNEWSHUB.CC
Oleh : JULIANA JOHAR