KUALA LUMPUR – Perak akan menjadi tuan rumah Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63 yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 November ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran sambutan tersebut akan diadakan di Kuala Kangsar.
“Perak dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu ada sejarah tersendiri dalam penubuhan PAS.
Kebangkitan para ulama menentang penjajahan British melalui penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah bermula di Perak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mahfuz berkata, kongres-kongres penting PAS juga pernah diadakan di Perak di awal penubuhan parti itu selain ramai pengasas, tokoh dan pemimpin utama PAS berasal dari Perak.
“Pilihanraya pertama 1955 kerusi pertama PAS yang dimenangi juga di Perak,” katanya lagi. – mynewshub.cc