NIAT seorang perokok tegar yang menggantikan tabiatnya dengan menghisap rokok elektronik bertukar ngeri apabila peranti rokok itu meletup menyebabkan beliau cedera parah.
Dave Aspinall, 48 berkata rokok elektroniknya meletup akibat terlalu panas.
Rokok elektronik itu tiba-tiba mengeluarkan api dan membakar tangan saya. Ia terjatuh dan meletup!
“Doktor berkata, kecederaan yang saya alami seperti terkena tembakan peluru dan menyifatkan saya bernasib baik kerana masih hidup.
Menurut Dave, kecederaan itu mungkin memerlukan tiga tahun bagi kulitnya bercantum semula untuk pulih, katanya memberitahu The Sun.
Dave berkata, letupan itu juga hampir menyebabkan dia kehilangan rumah flatnya akibat dari letupan yang kuat itu.
Dia terlantar sembilan hari di hospital bagi merawat kecederaanya itu. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA