Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sidang DUN Pulau Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula 10 Mei...

Pelawa Syarikat Korporat Terbit...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk...

TOP Big Bang Disiasat...

PENYANYI K-Pop, T.O.P dilaporkan sedang disiasat oleh pihak polis Seoul, Korea kerana tuduhan...

Kelangsungan Generasi Masa Depan...

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Barisan Nasional (BN) terhadap kelangsungan generasi muda Malaysia terserlah...

Pergaduhan Kumpulan Samseng Punca Insiden Letupan Bom

KUALA LUMPUR: Pergaduhan kumpulan gangster dipercayai menjadi punca insiden letupan bom di Kompleks Sun,Jalan Bukit Bintang pada awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gangster itu dipercayai meletupkan kelab malam itu menggunakan bom tangan, namun pihak polis masih meletakkan kes ini di dalam penyiasatan.

(PDRM Letupkan Baki Bom – KLIK)

Seorang joki kereta disahkan maut dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 4.25 pagi.

“Ketika kejadian, sebahagian mangsa sedang menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.


“Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berhampiran.”

“Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak teruk dalam letupan itu,” tambahnya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.-mynewshub.cc

 

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori