Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Raya Berasingan, Rumah Tangga...

ALKISAH rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah dikatakan goyah tahun lalu...

Cuepacs Harap Jabatan Dietetik...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap sebarang...

37 Individu Ditahan Atas...

KUCHING - Polis menahan 37 individu termasuk lima warga asing atas kesalahan berjudi...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar...

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di...

PERHILITAN Pindah Gajah Liar Ke Taman Negara

SEEKOR gajah liar yang ditemui meraya-rayau di kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Chukai, Terengganu berjaya ditangkap oleh  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu dan dipindahkan ke Taman Negara semalam.

Pengarah Perhilitan, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan seberat 2.3 tan metrik yang ditangkap lima hari lalu ditempatkan di satu kawasan berhampiran sebelum dipindahkan.

Beliau berkata, operasi memindahkan gajah berusia 20 tahun itu membabitkan 20 kakitangan PERHILITAN dengan 10 daripadanya dari Kuala Terengganu dan 10 lagi dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Kami mengambil masa dua jam untuk menaikkan gajah berkenaan ke atas lori. Dua ekor gajah betina yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, turut digunakan untuk memujuk gajah berkenaan.

“Operasi bermula jam 9 pagi dan tamat kira-kira 11 pagi. Kami terpaksa menempatkan dulu gajah berkenaan di kawasan berhampiran ia dijumpai dan hanya memindahkannya ke Taman Negara selepas lima hari berikutan kekurangan kakitangan,” katanya ketika bercakap kepada Harian Metro.

Yusoff berkata, gajah berkenaan ditangkap ketika merayau dalam kebun kelapa sawit milik penduduk kampung dengan menembaknya menggunakan senapang dan peluru pelali.


“Kami diberitahu gajah itu selalu masuk kekawasan kebun penduduk kampung dan merosakkan tanaman kelapa sawit bersama dua ekor lagi gajah. Bagaimanapun, ketika ditangkap, dua ekor gajah terbabit lari ke hutan,” katanya.

Penduduk kampung dan pemilik kebun kelapa sawit diingatkan  supaya segera melaporkan kepada PERHILITAN sekiranya terdapat gajah liar mengganggu tanaman mereka serta tidak mengambil tindakan sendiri termasuk meracun haiwan liar terbabit. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori