Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Rakan Beritahu Mayat Itu...

GERAK hati seorang abang untuk berpatah balik melihat kemalangan yang berlaku di belakang...

Jabatan Penjara Catat Hanya...

KOTA BAHARU - Jabatan Penjara Malaysia berjaya mengurangkan kadar residivis atau penghuni berulang...

Semakan Keputusan ICJ Ikut...

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau...

Janji Sedia 1 Juta...

PUTRAJAYA - Rakyat sudah terpelajar untuk tidak termakan dengan janji-janji umum, kata Ketua...

Perhimpunan Di Hadapan Istana Kehakiman Tiada Permit

PUTRAJAYA – Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Kehakiman di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu.

“Setakat ini, perhimpunan ini aman namun tiada permit yang dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan itu, di sini hari ini.

Beliau turut mengulas insiden seorang jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Mohamad Shahril Badri terkena sebiji telur yang dipercayai dibaling dari arah penyokong Anwar.

Menurutnya polis tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku selain individu serta motif insiden itu.


Sementara itu, polis membuka pagar yang ditempatkan di hadapan Istana Kehakiman kira-kira 3 petang tadi bagi memberi ruang kepada para penyokong Anwar berteduh daripada hujan di bawah khemah yang dipasang untuk satu majlis anjuran Perbadanan Putrajaya.

“Mereka minta pagar dibuka sebab hujan dan hendak berteduh di khemah… atas dasar perikemanusiaan, kita membukanya,” kata Abdul Razak.

Namun, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tetap berkawal bagi mengelak penyokong menghampiri perkarangan bangunan itu.

Hari ini merupakan hari kedua pendengaran rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Persekutuan di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori