Sebuah kawasan perkuburan Kristian iaitu Tanah Perkuburan Kristian Anglican 1 di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat tanah runtuh.
Dalam satu gambar yang dimuatnaik ke internet pada hari ini, beberapa batu tanda perkuburan kelihatan rosak teruk akibat bencana alam tersebut.
Melalui maklumat di gambar berkenaan, ia dirakamkan pada hari ini sejurus selepas kejadian berlaku.
Mynewshub cuba untuk mencari beberapa lagi butiran berkaitan kejadian ini tetapi maklumat diperoleh agak terhad.
Beberapa kuburan dilihat sudah pun terjatuh ke bahagian bawah bukit yang runtuh sekaligus menyebabkan kerosakan yang agak besar kepada tanah perkuburan tersebut.
Difahamkan di sekitar Kota Kinabalu, hujan lebat yang turun sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Penampang turut dinaiki air. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K