Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sambutan Deepavali Dicemari Simbahan...

KUALA LUMPUR - Keriangan seorang guru untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bertukar muram...

Lelaki Temui Bangkai Tikus...

SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi...

Petugas KKM Kena Covid-19...

PETALING JAYA - Tiada mana-mana kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 tahap...

‘Always’ Buah Tangan Terkini...

PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini melancarkan single terbaharunya berjudul...

Perlu Ke Google Street View? Rasa Macam Tak Selamat Jer…

PENGUMUMAN oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi.

Memetik laporan portal Astro Awani, rata-rata berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Komen-komen ini dipetik dari laman Facebook Astro Awani.

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.


“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.

Kowang semua dah cuba?

Bahaya betul la…. Senang orang nak sekodeng kita. Hati-hati la semua yer, jangan dedah alamat rumah kita. Seram pulak kita…!! :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori