Jika dahulu kanak-kanak sentiasa menganggap Ultaraman adalah ‘super wira’ namun ini lain ceritanya.
Sebuah rumah di Brickfields telah dirompak kelmarin oleh sekumpulan empat perompak yang bertopengkan watak animasi Ultraman.
Penjenayah itu sudahlah berpenampilan pelik malah bersikap kejam dengan membogelkan mangsa selepas selesai merompak.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 pagi dan suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita.
Memetik petikan Harian Metro, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.
Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar.
Menurut mangsa, penjenayah kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa dan mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.
Mangsa akhirnya terpaksa memindahkan duit kerana takut di apa-apakan dan penjenayah beredar meninggalkan mangsa.
Alahai kesian nasib mangsa. Memang kejam penjenayah zaman la ni, sanggup melakukan apa sahaja demi wang.
Anda pastikan sentiasa berhati-hati yer!-MYNEWSHUB.CC
Oleh : Farah